Thursday, July 9, 2015

Ayam masak merah ala mamak ..fuh sangat sedap

 Hari ni dah mati kutu nak masak apa. Selak google..nak cari resepi ala mamak Penang pulak.
Yana sarankan ayam masak merah. Masak merah biasa dah tahu. 

Aku jumpa resepi di bawah ni..nampak sedap dan menyelerakan.
Nasib baik banyak bahan yang perlu ada lagi lebihan yang di simpan dalam peti ais.
Masak 20 minit siap..Tambah acar timun ala mamak dengan papadom goreng cukup untuk berbuka yang agak sempoi.

Resepi Ayam masak merah ala mamak ni  aku gerenti SEDAP sebab anak-anak makan licin pinggan.
Walaupun pertama kali buat hmmm..tak rugi mencuba benda baru.

Jom tengok bahan yang perlu 

AYAM MASAK MERAH ALA MAMAK

  • 1 ekor ayam . Bersih dan potong 10 bahagian butiklilysofea.blogspot.com
  • 1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”.
  • 3 sudu besar tomato puri/ 1 tin kecil - aku ganti fresh tomato 1 biji di blender
  • 1/2 Tin Susu cair/sejat.
  • 1 helai pandan dipotong 2″ 
  • 2 biji bawang besar dihiris panjang
  • 2 btg. kayu  Kayu manis berukuran 2″ 
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
  • 1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
  • 1 sudu besar  serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil  serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian)- aku tak bubuh
  • 1 sudu kecil garam masala-aku tak bubuh sebab tak ada
  • 2 sudu besar serbuk cili ( ikut suka pedas).
  • Sedikit perwarna merah oren-aku bubuh jus sunquick
  • 100gm santan pekat -aku tak bubuh
  • 2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus.
  • 1 sudu besar pes halia 
  • 2 biji bawang putih.
  • Garam secukupnya rasa
  • Daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.
BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:
  • 10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
  • 1 batang karot.
  • 1 biji tomato.
  • 1 biji bawang labu besar.
  • 1 inci Halia.
  • 5 ulas bawang putih
  • 100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.
  • *Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng ayam + kunyit + garam hingga sedikit kekuningan.
2. Kisar bawang +halia, + bawang putih dan asingkan.*
3. kisar karot +tomato +cili hidup dan asingkan.
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan. Masukan rempah ratus kayu manis dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan.
5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman  dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).
6. Masukan serbuk cili +serbuk jintan putih + jintan manis.
7. Bila kuah mula pecah minyak masukan  100 gm santan pekat.
8. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.
9. Biarkan sebatian mendidih. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum

MESTI CUBA

No comments:

Post a Comment