Monday, July 13, 2015

Kek Sarang Semut sedap sukatan cawan


Emmm Raya ni ingat Kek Sarang semut. Ada yang panggl Kek Gula hangus.
Kegemaran mak dan abah . Esok plan nak buat Kek Sarang semut ni.
Cuba resepi Cikgu Ani. Selalu menjadi.

Tiap tahun buat gula resepi lain. Tapi resepi dah hlang lepas berpindah rumah.
Tak apalah cuba resepi di bawah ni menggunakan sukatan cawan selalunya kek cantik.



KEK SARANG SEMUT


Bahan-Bahan 1:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu makan planta
Bahan-Bahan 2:
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat


Cara-caranya:


Masak gula hingga cair dan berwarna perang.


Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Masa ini kena berhati-hati ye kerana gula yang panas akan memercik bila dituang air panas. Sebab itu kena tuang air panas tu sedikit demi sedikit.
Bila gula sudah sebati dengan air, tutup api.
Masukkan planta dan kacau hingga planta larut sekata. Sejukkan.


Ayak tepung + soda bikarbonat. Ketepikan


Pukul telur hingga kembang.
Bila telur sudah kembang, masukkan susu pekat dan kacau hingga rata. (Guna speed rendah je..)
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul rata. (Juga guna speed rendah juga)


Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah disejukkan tadi. Pukul sebati.
Perapkan adunan ini selama 2 hingga 3 jam.


Setelah 3 jam, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan.
Masukkan ke dalam oven suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.


SELAMAT MENCUBA.


Untuk rujukan anak-anak di masa akan datang.


14/7/15
7.59 PAGI
MERU

No comments:

Post a Comment